Laluan Kajang
Laluan Kajang

Laluan Kajang

Stesen pertukaranLaluan Kajang, sebelum dikenali sebagai MRT Laluan Sungai Buloh–Kajang , ialah laluan kereta api alihan laju kesembilan serta sistem kereta api automatik dan tanpa pemandu kedua di kawasan Lembah Klang, selepas Laluan Kelana Jaya. Ia merupakan sebahagian daripada Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang, di mana laluan ini menjangkau dari Sungai Buloh sehingga ke Kajang. Pada peta, gambar rajah dan papan tanda, laluan ini ditunjukkan dengan warna hijau tua berserta petunjuk bernombor .Laluan ini merupakan salah satu daripada tiga laluan kereta api yang dirancang di bawah projek Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) oleh syarikat MRT Corp. Fasa 1 projek bagi laluan pertama di antara Sungai Buloh sehingga Semantan telah memulakan perkhidmatannya pada 16 Disember 2016.[3] Fasa 2 projek di antara Muzium Negara hingga Kajang telah dibuka pada 17 Julai 2017, sebagai perkhidmatan ulang-alik percuma oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak.[4] Perkhidmatan sepenuhnya bagi laluan SBK di antara Sungai Buloh hingga Kajang bermula pada hari keesokkanya.[5][6][7]

Laluan Kajang

Sistem pengaliran Automatik dan tanpa pemandu
Sistem Rapid KLKVMRT Laluan 1
Status Beroperasi sepenuhnya
Pemilik MRT Corp
Siap dibina 2016
Penumpang harian 158,247 (Q4 2018)[1]
Pengelektrikan Rel ketiga, 750 VDC
Peta laluan
Peta laluan
Stesen 31 + 3 stesen peruntukan
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) tolok piawai
Terminal  SBK01  Sungai Buloh
 SBK35  Kajang
Dibuka Fasa 1
16 Disember 2016; 3 tahun yang lalu (2016-12-16)[2]
Sungai BulohSemantan
Fasa 2
17 Julai 2017; 2 tahun yang lalu (2017-07-17)
SemantanKajang
Lokasi Lembah Klang
Laman sesawang
Panjang aliran 51 km (32 mi)
Bertingkat: 41.5 km (25.8 mi)
Bawah tanah: 9.5 km (5.9 mi)
Stok kereta api Siemens Inspiro
58 set kereta api empat gerabak
Lebar: 3.1 m (10 ka)
Panjang: 89.56 m (293.8 ka)
Penumpang 51.3 juta (2018)[1]
Depot Depot Sungai Buloh dan Depot Kajang
Nombor aliran (hijau tua)
Pengendali Rapid Rail Sdn Bhd (Prasarana Malaysia Berhad)
Jenis Transit aliran
Nama asal MRT Laluan Kajang

Rujukan

WikiPedia: Laluan Kajang http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mrt-sg-b... http://www.astroawani.com/news/author/azyyati-ahma... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://archive.wikiwix.com/cache/?url=http://www.u... http://archive.li/5vVAg